HATI
Hati
Sebuah anugerah Tuhan Esa
Tiada dapat ditandingi
Di luar tampak keras
Di dalam sangatlah lembut
Sekali terguris
Mengalir seribu duka
Lara jadi berpanjangan.
Hati
Susah diluah
Pahit ditelan
Bagai menyimpan paku berkarat
Jika dibuang bebekas
Jika disimpan menyakiti
Lalu dibiar begitu
Hilang dibawa zaman.
Hati
Jangan dipaksa bebicara
Jika bicara punah harapan
Jika dipendam berdarah beku
Bila dicalar masih tersenyum
Mungkin belum menyakiti
Mungkin hanya pedih
Kerana hati sebuah permata.
#surayaaryus💓
Comments
Post a Comment