Posts

HATI

Hati Sebuah anugerah Tuhan Esa Tiada dapat ditandingi Di luar tampak keras Di dalam sangatlah lembut Sekali terguris Mengalir seribu duka Lara jadi berpanjangan. Hati Susah diluah Pahit ditelan Bagai menyimpan paku berkarat Jika dibuang bebekas Jika disimpan menyakiti Lalu dibiar begitu Hilang dibawa zaman. Hati Jangan dipaksa bebicara Jika bicara punah harapan Jika dipendam berdarah beku Bila dicalar masih tersenyum Mungkin belum menyakiti Mungkin hanya pedih Kerana hati sebuah permata. #surayaaryus💓